Thursday 29 September 2011

pahang

assalamualaikum..
hari nie kita nak update pasal trip kita baru-baru nie. kita pergi pahang dengan kawan-kawan semua. actually kitaorang pergi untuk kem, tapi sebelum masuk tempat kem tu, kitaorang pergi melawat lah tempat-tempat yang best kat pahang tu dulu.. hihi

25 september 2011 - mula-mula cikgu bawak kitaorang semua pergi bukit tinggi. kitaorang pergi melawat japanese garden kat dalam tu. cantik sangat sebab rasa macam betul-betul kat jepun time tu.. hihi nak tgk tk gambar kita dengan kawan-kawan kita? xnak tgk pun korang kena tengok jugak! alarh sikit he tauuuu..;)




tulah sikit-sikit waktu kita kat japanese garden tu..hihi sorry lah kalau xlawa..then then lepas jalan-jalan kat japanese garden tu, kita dengan kawan-kawan kita masuk pulak france town. time tu ya Allah terkejut sangat. cantik sangat reka bentuk bangunan-bangunan kat situ. seriously rasa kat france time tu.. hihi xsangka pulak kat malaysia pun boleh rasa mcm duduk betul-betul kat oversea..haha
nie gambar kita dengan kawan-kawan kita.




#cantik kat tempat nie? hihi jangan jealous!

lepas dah puas jalan-jalan kat sini, time tu go for the main objectif..haha pergi kem! yeahhhh so exciting. kitaorang sampai kat dusun eco resort tu dalam pukul 2lebih. pengalaman paling best time kt sana lah. haha sampai-sampai je kitaorang kena naik lori ramai-ramai. seriously kita cakap, abang tu bawak mcm orang xde lesen..haha dah lah bawak lori yang xde langsung tempat duduk. haha lawak, cikgu kita pun sampai jatuh tahu? then time sampai je kat sana, kitaorang dapat kunci chalet. chalet kita just duduk 3orang je.. hihi seronok sebab luas. walaupun tilam xde tapi yang penting kipas dengan lampu ada. bukan penting sangat pun kan tilam. boleh dikatakan puas hati lah dengan layanan diaorang.

lepas je kitaorang makan, kitaorang terus diarahkan tukar baju untuk aktiviti pertama kitaorang. aktiviti rentas halangan. haha time nie kitaorang kena macam budak-budak PLKN tau..best! haha kitaorang kena rentas 12halangan. time tu habis luka lebam badan semua, tapi kitaorang still boleh gelak lagi. sebab seronok dapat buat benda-benda macam tu. lepas habis 12halangan, abang tu bawak kitaorang terjun kolam! huuuuuu best! first time kem kita pergi, dapat mandi kolam ramai-ramai. seronok sangat. haha lepas puas mandi kolam kitaorang pergi siap-siap solat maghrib semua then berkumpul dalam pukul 8 lepas makan malam.

time malam tu kitaorang nak pergi night walking. huuuu dasyat ouhhh night walking dengan abang-abang tu..ingatkan just jalan biasa-biasa dalam hutan, rupa-rupanya dah rupa jungle tracking je kitaorang malam tu. dengan hujannya, tapi redah jugak hutan tebal tu.. haha time malam tu kita tracking dengan kawan baik kita, AIMI NADHIRAH RAHIMI then kawan laki kita sorang.. nama dia DANIAL.. nasib baik danny ada, kalau tk xtahu lah mcm mana jadi kt kita dengan aimi malam tu.. haha dah lah licin gila track, tapi redah jelarh..peluh xpayah cakap lah, macam boleh perah je baju time tu. HAHA! bayangkan 2jam kitaorang jalan, stop pun kejap-kejap je. memang curam gila track yang kitaorang daki tu, banyak kali lah jugak kita dengan kawan kita nak terjatuh. haha

kita habis tracking dalam pukul 10lebih, then kitaorang semua naik chalet masing-masing. yang lawaknya time nak naik chalet tu, tiba-tiba kita rasa kaki kita gatal. kita pun garu lah, bagai nak mati terkejut kita terpegang benda lembik..haha apalagi kalau bukan pacat! punyalah menjerit nak mampus time tu, haha bukan sebab takut, tapi sebab geli geleman..HAHA puas suruh kawan-kawan laki tolong buang, haha rupanya ada jugak antara diaorang yang geli dengan benda tu.. apalahhhh xgentle langsung! haha lepas masuk chalet, kita bukak kasut, tgk-tgk kawan kita aimi tu pun kena pacat jugak..HAHA! punyalah dia melompat keluar dari chalet tu..haha nak tergelak betul time tu.. tapi apa-apapun mmg best and terbaik gila malam tu!

26 september 2011 - kitaorang bangun pukul 5pagi. haha konon xnak berebut-rebut dengan budak-budak lain mandi nanti. so kita dengan kawan-kawan chalet kita pun mandi lah pukul 5pagi tu, haha sejuk dia xpayah cakap lah..nama pun toilet tu saliran daripada air sungai..memang terketar-ketar mandi pagi tu. lepas mandi siap semua, kitaorang just lepak-lepak dalam chalet je. sementara tunggu pukul 7.15 kena berkumpul. 
aktiviti kitaorang time hari last tu just naik titi gantung and flying fox je. memang terbaik lah titi gantung dia, tinggi xpayah cakap..dah lah meniti atas cable halus je..haha kalau jatuh xtahu nak cakap mcm mana. but alhamdulillah sorang pun xjatuh. kita time tu gayat, kita tarik danny suruh dia meniti depan kita..haha bagi ada penguat semangat sikit kalau ada lelaki depan..haha lepas dah settle tu, kita naik flying fox.. memang seronok sebab naik dua orang dua orang. kita time tu naik dengan danny jugak, kita plan ramai-ramai dengan kawan-kawan kita nak menjerit time tgh fly tu..hihi lepas tension..haha #konon lah

lepas habis flying fox, kita, aimi dengan kawan kita mira semua pergi terjun kolam..haha malas nak tunggu budak-budak lain dah sebab excited. haha lepas mandi semua tu, terus bersiap nak balik. kitaorang sampai ipoh dalam pukul 8malam mcm tu lahhhh..the end!














0 comments: